MEMORY™ Selipar Rekabentuk Capal Nabi

Makin Abadi Sdn Bhd > Khidmat Pelanggan > FAQ

Berapakah harga sepasang selipar MEMORY™?

RM 9.90 in Peninsular and RM10.90 in Sabah & Sarawak.

Terdapat berapa warna selipar yang berada dipasaran?

Empat warna selipar yang terdapat dipasaran iaitu Hitam, Biru, Krim dan Merah Jambu.

Apakah komposisi selipar ini ? Adakah ianya selipar getah ?

Ianya terdiri daripada getah dan EVA (Ethylene Vinyl Acitate).

Apakah kelebihan selipar ini ?

a) Unik
b) Tahan Lasak
c) Anti Percik
d) Anti Gelincir
e) Anti Melecet
f) Selesa

Apakah keunikan yang ada pada selipar MEMORY™ ini ?

Ianya satu-satunya selipar yang berusia lebih 1400 tahun di dunia ini.

Mampukah selipar MEMORY™ menangani apa jua permukaan dan pemakaian ?

Ya, ianya telah di reka dan ipastikan memenuhi criteria yang di kehendaki.

Adakah selipar MEMORY™ ini keras seperti selipar Jepun yang terdapat dipasaran ?

Tidak, selipar MEMORY™ sungguh lembut dan selesa untuk dipakai oleh semua golongan usia.

Adakah selipar MEMORY™ mempunyai ciri-ciri yang tidak akan ada pada selipar lain ?

Ya, iaitu anti percik, reka bentuk tumit selipar yang lebar memastikan tiada kotoran yang terpercik dan terkena pada pakaian. Tiada lagi was-was.

Selain anti percik ada lagi ciri-ciri istimewa yang lain ?

Ya, jalinan bunga pada tapak selipar MEMORY™ yang direka khusus memberikan cengkaman pada lantai yang basah .

Itu sahajakah cirri-ciri istimewa separ MEMORY™?

Tidak, jika disbanding ddengan selipar yang lain, selipar MEMORY™ adalah satu-satunya selipar yang anti memecet. Kajian menunjukkan pengguna selipar MEMORY™ tidak dibayangi istilah “Celah Jari Yang Melecet” .

Berapakah harga yang perlu dibayar bagi untuk mendapatkan kesemua ciri-ciri istimewa ini ?

RM 9.90 Semenanjung Malaysia
RM 10.90 Sabah / Sarawak

Adakah selipar lain mampu untuk menghadirkan kesemua ciri-ciri istimewa tersebut dengan harga yang disebutkan ?

Kami akan memberi jaminan wang anda akan dikembalikan jika ada produk selipar lain yang mampu menghadirkan kesemua ciri-ciri tersebut pada harga yang lebih rendah atau setara.

Syarikat anda ada mengatakan bahawa selipar ini adalah replika kepada reka bentuk Capal Nabi. Adakah terdapat bukti yang menyokong kenyataan tersebut ?

Benar. Selipar ini mirip kepada Reka Bentuk Capal Nabi yang pernah digunakan oleh Rasulullah sepanjang hayat baginda. Adapun bentuk yang berada dipasaran hanyalah satu per enam dari keseluruhan reka bentuk yang pernah dipakai sepanjang hayat beginda. Buku-buku rujukan dan sebagainya ada di syarikat kami.

Bolehkah pihak Makin Abadi menyenaraikan nama-nama buku rujukan tersebut ?

Boleh.1 / 2 / 3 / 4, gambar kulit buku tersebut terdapat diruangan Rujukan.

Bolehkan pihak Makin Abadi menerangkan serba sedikit mengenai buku rujukan utama tersebt ?

Boleh. Adapun

Adakah Rasulullah hanya memakai 6 reka bentuk sepanjang hayat baginda?

Melalui rujukan yang kukuh, hanya terdapat 6 reka bentuk. Namun kajian masih lagi dijalankan olek pihak kami. Sebarang perkembangan akan diberitahu kelak.

Berapakah kos dan tempoh penghantaran selipar ini bagi Sabah dan Sarawak?

Kos penghantaran melalui udara ialah RM 1.60 sepasang dan memakan masa selama 3 – 4 hari.


Copyright © 2003 Hakcipta Terpelihara

Makin Abadi Sdn Bhd adalah pengeluar selipar rekabentuk capal nabi, sandal nabi, selipar nabi Muhamad SAW, capal rasulullah, sandal rasullullah, selipar rasullullah, capal muslim, sandal muslim, selipar muslim.