MEMORY™ Selipar Rekabentuk Capal Nabi

Makin Abadi Sdn Bhd > Profil > Latarbelakang

Ringkasan

Makin Abadi Sdn Bhd (621372-x), mula ditubuhkan pada Julai 11, 2003 dan didaftarkan sebagai sebuah syarikat berhad menurut syer dengan modal berbayar sebanyak RM1,000,000; 1,000,000 syer dan RM1.00 per syer manakala pengarah urusannya adalah Syed Mohamad Fuaad bin Syed Hussein Alattas.

Syarikat

Perniagaan asas syarikat ini adalah memperkenalkan produk capal nabi berjenama MEMORY™ iaitu diaplikasi daripada rekabentuk capal Rasulullah SAW yang pernah dipakai oleh Rasulullah. Tujuannya adalah untuk mengenang kembali warisan yang makin dilupai oleh umat Islam dengan setiap langkah kita memakai capal tersebut, kita akan sentiasa mengingati Rasulullah SAW.

Selipar MEMORY™ dihasilkan setelah segala usaha mengkaji mengenai sejarah capal tersebut dilaksanakan. Adapun selipar MEMORY™ ini telah mendapat pengesahan daripada Jabatan Perdana Menteri dan Institut Kemajuan Islam dan badan - badan pertubuhan Islam. Jumlah rekabentuk capal nabi yang telah ditemui adalah 6 rekabentuk dan Makin Abadi Sdn Bhd telah memasarkannya dalam pelbagai saiz dan warna.

Pengasas

Syed Mohamad Fuaad Alattas adalah pengasas kepada Syarikat Makin Abadi Sdn Bhd. yang telah ditubuhkan pada Julai 2003. Beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan selipar rekabentuk capal nabi ini melalui replika capal nabi yang diperolehinya. Selipar rekabentuk capal nabi ini dihasilkan khusus untuk kegunaan umat Islam di seluruh dunia. Jenama MEMORY diberikan kepada selipar ini dengan tujuan agar kita sentiasa mengingati Rasulullah S.A.W dan perjuangan baginda dalam dunia Islam.

MEMORY™ 

Capal yang dipasarkan dalam enam rekabentuk itu berdasarkan rujukan daripada beberapa buah buku. Antaranya ialah kitab Fathul Mutaal Fi Madahi Ni'al (Ahmad bin Muhammad bin Ahmad bin Yahya al-Mahary Atti Imisani), Jawahir Bihar (Syeikh Yusof Ismail), Kitab Asar Rusilillah (Khalid Mustafa), Insan Teladan Sepanjang Zaman (Mufti Ahmad E. Bemat) dan daripada hadis sahih Muslim, Al Bukhari, Al Muwatta, Abu Dawud dan Miskat Al Masabih.

Selain itu, usaha mengeluarkan capal itu disahkan dan disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdul Hamid Zainal Abidin, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dato' Dr. Abdul Monir bin Yaacob, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Dato' Hj Mohamad Nakhaie Hj Ahmad, mufti-mufti dan imam-imam kerajaan negeri, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta sokongan daripada pihak media tempatan.

Bagi tujuan pasaran di Malaysia, hanya satu rekabentuk selipar sahaja dengan harga sepasang selipar RM9.90 dan mempunyai saiz dari peringkat kanak-kanak tadika hingga dewasa.

 

Hakcipta

Jenama MEMORY™ dan rekabentuk keenam selipar keluaran Makin Abadi Sdn Bhd telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia di Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna pada Julai 2003.

Makin Abadi Sdn Bhd ingin menawarkan kepada individu perseorangan, syarikat-syarikat korporat mahupun organisasi dalam dan luar negeri yang berminat untuk memiliki 4 lagi rekaan capal nabi agar menghubungi kami melalui telefon atau emel. Rekaan ini ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Sila klik pada link di bawah untuk keterangan lanjut.

-->Tawaran Hakcipta


Copyright © 2003 Hakcipta Terpelihara

Makin Abadi Sdn Bhd adalah pengeluar selipar rekabentuk capal nabi, sandal nabi, selipar nabi Muhamad SAW, capal rasulullah, sandal rasullullah, selipar rasullullah, capal muslim, sandal muslim, selipar muslim.